Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 35 kes baru disahkan di S'pura termasuk 3 kelompok baru

Mar 30, 2020 | 08:38 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengumumkan 35 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Isnin (30 Mac) termasuk tiga kelompok baru.


Tiga kelompok itu ialah kondominium Wilby Residences di 25 Wilby Road dengan tujuh kes, kelab malam Hero's di 69 Circular Road dengan lima kes dan asrama S11 Dormitory @ Punggol di 2 Seletar North Link dengan empat kes.


Dalam kenyataannya, MOH berkata 26 kes yang disahkan pada Isnin adalah jangkitan setempat tanpa sejarah perjalanan ke luar negara.


12 daripadanya berkait dengan kes atau kelompok terdahulu, manakala 14 kes buat masa ini tidak mempunyai kaitan.


Sebanyak sembilan kes pula adalah kes import yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Timur Tengah dan Asean.


Sebanyak 16 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah yang sudah pulih sebanyak 228.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >