Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 38 kes baru, termasuk 1 di dormitori

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA melaporkan 38 kes baru koronavirus yang disahkan sehingga tengah hari semalam, termasuk satu dalam dormitori pekerja asing.



Ini merupakan kes pertama dalam dormitori sejak 15 Disember.



Kes lain adalah kes import yang telah diletakkan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Singapura kini mempunyai 58,984 jangkitan Covid-19 secara keseluruhan.



Kelmarin, seorang lelaki warga Singapura berusia 83 tahun yang pulang dari India merupakan antara 17 kes import.



Tiada kes dalam masyarakat atau jangkitan di dormitori pekerja dilaporkan.



Kes lain yang diimport termasuk dua penduduk tetap (PR) yang pulang dari Amerika Syarikat dan India, serta 13 pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia, Myanmar dan Filipina.



Seramai 12 daripada pemegang permit kerja itu pembantu rumah asing.



Terdapat juga seorang pemegang pas khas, kelasi yang tiba dari Jepun menaiki kapal.



Beliau diuji setibanya di Singapura dan dibawa ke hospital apabila diuji positif, kata MOH.



Secara keseluruhan, terdapat enam kes baru dalam masyarakat pada minggu lalu, dan 11 pada minggu sebelumnya.



Jumlah kes tiada kaitan dalam masyarakat pula kekal stabil pada empat kes dalam seminggu, sepanjang dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >