Covid-19: 4 kelompok baru terbentuk, 3 lagi ditutup, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Covid-19: 4 kelompok baru terbentuk, 3 lagi ditutup

Jun 23, 2021 | 10:40 PM

EMPAT kelompok baru jangkitan Covid-19 terbentuk dengan tiga yang wujud sebelum ini ditutup menyusuli tiada kes baru dilaporkan.

Ini didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu malam (23 Jun).

Menurut MOH, siasatan epidemiologi dan proses jejak kontak menemui kaitan antara kes dan pembentukan kelompok dengan yang aktif mencecah 39 kelompok kini.

Kelompok baru pertama berkait dengan warga Filipina berusia 38 tahun yang merupakan pembantu rumah. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 29 Jun. Empat kes disahkan berkait dengan kelompok ini dengan dua kes baru melibatkan pelajar Sekolah Rendah Alexandra yang berusia lapan tahun dan budak lelaki empat tahun yang menuntut di prasekolah My First Skool (Tanjong Pagar Plaza).

Kelompok kedua pula dikaitkan dengan konsultan kewangan Prudential berusia 24 tahun. Terdapat empat kes dalam kelompok ini dengan kes terkini melibatkan pekerja pembersihan sambilan berusia 46 tahun di klinik Nihon Premium Clinic di Pusat Perubatan Novena.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kelompok ketiga dengan tiga kes berkait dengan wanita 57 tahun yang bertugas sebagai promoter jualan produk di farmasi Guardian (ION Orchard). Kes terkini melibatkan lelaki Singapura berusia 64 tahun yang bekerja sebagai kontraktor binaan elektrikal di Seng Tat Enterprises.

Dalam pada itu, kelompok keempat pula mempunyai tigas kes yang berkait dengan penganalisis di Deutsche Bank. Kes terkini melibatkan penganalisis di CrimsonLogic Pte Ltd yang bekerja dari rumah sejak 16 Mei.

MOH menambah ia memantau kelompok yang sedia ada kini bagi jangkitan lanjutan. Memandangkan tiada lagi kes berkait dengan peniaga Kasino Marina Bay Sands, pekerja pengiriman McDonald's dan Kes 63543 bagi dua tempoh inkubasi (28 hari), tiga kelompok ini sudah ditutup.

Dalam pada itu, lagi 15 kes Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya, 62,113 kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan ini dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan kemasyarakatan.

Sementara itu, 141 kes Covid-19 masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih. Lima orang pula berada dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU). 181 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map