EMPAT kes jangkitan Covid-19 dikenal pasti pada Rabu (9 Jun) termasuk dua kes masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Jumlah ini adalah angka kes harian Covid-19 paling rendah di Singapura sejak 23 Februari apabila jumlah keseluruhannya juga sebanyak empat kes.
MOH menambah dalam kenyataannya, satu kes tiada kaitan dengan kes terdahulu manakala baki satu lagi kes berkait dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin.
Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja migran, tambah MOH.
Dalam pada itu, dua kes import dikenal pasti dan sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Kedua-duanya merupakan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini.
Kes baru ini membawa pada jumlah kes keseluruhan di Singapura mencecah 62,223 kes sejak pandemik bermula tahun lalu.