Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Covid-19: 4 kes baru, tiada dalam masyarakat

Feb 24, 2021 | 05:30 AM

EMPAT kes baru Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu di sini berjumlah 59,883.

Tiga daripadanya ialah kes import yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau dikuarantin setibanya mereka di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Terdapat satu kes melibatkan pekerja asing di dormitori, dan tiada kes dalam masyarakat.

Kelmarin, suami seorang pramugari syarikat penerbangan Singapore Airlines yang diuji positif adalah satu-satunya kes dalam masyarakat.

Lelaki warga Singapura itu, yang berusia 48 tahun, bekerja sebagai perancang acara dan tidak ke kerja sejak 1 Februari.

Berita Popular

Beliau dikuarantin pada 9 Februari selepas isterinya diuji positif virus Covid-19 namun beliau diuji negatif pada waktu itu.

Beliau mengalami kehilangan deria bau dan demam lalu mengubati sendiri tanpa memberitahu MOH ketika tempoh SHN.

Esoknya, beliau diuji sebagai sebahagian protokol MOH bagi individu yang dikuarantin dan didapati positif Covid-19.

Hasil ujian serologinya negatif, bermakna jangkitannya ialah jangkitan baru.

Beliau juga diuji varian B117, kerana hasil ujian isterinya positif untuk varian tersebut. Hasil ujiannya belum diketahui.

MOH berkata: "Individu yang menjalani SHN harus melaporkan sebarang simptom dengan segera dan melaporkan status kesihatan kepada MOH setiap hari.

"Mereka diberi senarai simptom Covid-19 untuk diperhatikan, serta arahan agar melaporkan pada peringkat awal kuarantin mereka.

"Kami mengingatkan individu supaya menjalankan tanggungjawab sosial mereka dan melaporkan simptom dengan segera walaupun ia tidak serius."

Isteri lelaki itu, warga Singapura berusia 41 tahun, juga tidak melaporkan simptom kehilangan deria bau yang dialaminya dan diuji positif pada 7 Februari.

Beliau baru menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech beberapa hari sebelum diuji positif.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map