KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 40 kes jangkitan Covid-19 baru pada Jumaat (21 Mei) dengan 30 daripadanya merupakan kes dalam masyarakat.
Menurut MOH, dalam kalangan 30 kes itu, 22 daripadanya berkait dengan kes sebelum ini manakala lapan kes pula tiada kaitan.
Dari jumlah tersebut, 16 kes sudah dikuarantin.
Selain kes masyarakat ini, MOH menambah, 10 kes import turut dikenal pasti dengan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Lapan daripada kes import ini melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini.
Tiada kes dormitori dikesan.