KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 48 kes jangkitan baru Covid-19 sehingga 12 tengah hari tadi (Khamis, 3 September).
Mendedahkan demikian dalam kenyataannya, MOH berkata, dalam kalangan kes baru itu adalah dua kes masyarakat dengan seorang daripadanya merupakan Penduduk Tetap Singapura manakala seorang lagi adalah pemegang pas kerja.
Terdapat juga lima kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura.