Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 49 kes baru; 38 kes masyarakat; 11 import

May 16, 2021 | 05:12 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 49 kes jangkitan Covid-19 baru pada Ahad (16 Mei), dengan 38 daripadanya merupakan dalam kalangan masyarakat.



Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan daripada 38 kes masyarakat itu, 20 daripadanya berkaitan dengan kes sebelum ini manakala 18 yang lain tiada kaitan.



Dalam kalangan kes masyarakat ini pula, 13 kes telah dikuarantin awal sebelum ini.

Tiada kes dilaporkan di dormitori, tambah MOH.



Sementara itu, terdapat 11 kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.



Daripada 11 kes ini, lima merupakan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini.



Pada Sabtu, MOH mengesahkan bahawa seorang banduan di Kompleks Penjara Changi dan empat kanak-kanak merupakan antara 19 kes masyarakat yang dilaporkan.



Dua  murid St Andrew’s Junior School berkait dengan kelompok jangkitan di pusat tuisyen Learning Point. Mereka menaiki bas sekolah yang sama dengan seorang murid positif Covid-19 di pusat tuisyen Learning Point.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit dalam kelompok Learning Point menjadi sembilan setelah guru tuisyen berusia 50 tahun disahkan menghidap Covid-19 pada Rabu lalu.



Dua lagi kanak-kanak berusia enam tahun dan tujuh tahun berkait dengan kes jururawat di Hospital Besar Sengkang.



Lapan kes masyarakat baru pula berkait dengan kelompok Lapangan Terbang Changi, menjadikan jumlah kes dalam kelompok itu kini 68 keseluruhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >