Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 5 kes masyarakat, 2 tiada kaitan

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 12 kes Covid-19 baru dilaporkan hingga tengah hari semalam.



Ini termasuk dua kes dalam masyarakat yang tidak mempunyai kaitan dengan kes-kes sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Lagi tiga kes dalam masyarakat berkait dengan kes terdahulu, dan pesakit telah pun dikuarantin apabila mereka disahkan positif Covid-19.



Baki tujuh kes merupakan kes yang diimport.



Semua kes tersebut diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.



Lima daripada mereka dikesan semasa ketibaan dan lagi dua dijangkiti semasa menjalani SHN atau pengasingan.



Kes baru menjadikan jumlah 62,652 jangkitan Covid-19 di Singapura sejauh ini.



Sebanyak 36 kematian akibat komplikasi Covid-19 telah dilaporkan sejauh ini, sementara 15 yang positif didapati meninggal dunia akibat sebab lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >