Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 5 masjid ditutup sehari bagi kerja pembersihan pada 29 Apr

Apr 29, 2021 | 05:50 PM



LIMA masjid di Singapura ditutup sehari bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan pada Khamis (29 April) dan akan dibuka semula mulai solat Jumaat (30 April).



Ruang ibadah yang  terjejas itu adalah Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran di Gentle Road; Masjid Al-Falah di Bideford Road; Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road; Masjid Al-Iman di Bukit Panjang Ring Road dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands Drive 17.



Sebelum ini, Masjid Petempatan Melayu Sembawang di Jalan Mempurong juga ditutup dua hari pada Selasa (27 April). 



Langkah yang dibuat itu menyusuli maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai kunjungan beberapa individu yang disahkan positif Covid-19 ke masjid-masjid ini, jelas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Pada 16 April, Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran telah dikunjungi individu yang bersolat Asar dan kemudian didapati positif Covid-19.



Muis menambah kes Covid-19 juga telah mengunjungi Masjid Hajjah Fatimah pada waktu solat Zohor dan Asar pada 14 dan 15 April serta 17 April. Individu yang sama juga telah pergi ke Masjid Al-Falah bagi solat Jumaat (Sesi 3) pada 16 April.



Sementara itu, dalam kes berasingan pada 15 April, seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid-19 itu dikatakan mengerjakan solat Isyak dan tarawih di Masjid Yusof Ishak. Beliau juga mengerjakan solat Isyak dan tarawih di Masjid Al-Iman pada 18 April.



Semua tempahan bagi solat jemaah sepanjang tempoh penutupan akan dibatalkan termasuk solat tarawih.



Muis, dalam lampiran pos Facebook, menyatakan pihaknya sedang membantu MOH dalam menjejak kontak dengan semua jemaah yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan akan dihubungi bagi langkah susulan.



Peristiwa ini, jelas Muis, juga adalah satu peringatan yang datang tepat pada masanya mengenai kepentingan langkah pengurusan selamat dilaksanakan di masjid di samping penggunaan  TraceTogether bagi mempercepatkan proses jejak kontak dan mengelakkan wabak ini daripada terus menular.



Menurut Muis lagi, individu yang dikenal pasti tidak menampakkan sebarang kesan jangkitan sejurus masuk ke masjid.



"Selain proses pembersihan dan penyahjangkitan menyeluruh yang dikendalikan masjid kita selepas setiap solat jemaah setiap hari, penutupan sementara ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga khususnya dengan perkembangan strain baru virus Covid-19.



"Masjid kita akan mempertingkat langkah berjaga-jaga melihat pada bertambahnya kekerapan aktiviti sewaktu Ramadan. Kerja membersihkan rejim sekitar zon solat akan ditambah setiap sesi solat.



"Duta Khidmat Ramadan dan sukarelawan kita juga terus memastikan langkah keselamatan berjaga-jaga akan diperhatikan," jelas Muis.



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >