Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 5 pemegang permit kerja antara 8 kes import baru S'pura

Mar 02, 2021 | 10:03 PM




SEBANYAK lapan kes Covid-19 baru yang diimport disahkan pada Selasa (2 Mac), termasuk lima pemegang permit kerja dari Indonesia dan Filipina.




Baki kes melibatkan satu pemegang pas pelajar yang datang dari Bangladesh, satu pemegang pas kerja yang datang dari India, dan satu pemegang pas jangka pendek yang datang dari Indonesia untuk mengunjungi saudaranya di sini.



Tiada kes dalam masyarakat dan di asrama pekerja asing dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada  malam Selasa.



Sementara itu, lagi 12 kes Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Secara keseluruhan, 59,842 pesakit telah sembuh sejauh ini.




Lagi 19 kes masih dirawat di hospital, dengan satu dalam keadaan kritikal.




Seramai 66 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Seramai 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >