SEBANYAK 518 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga tengah hari tadi (31 Mei), menurut satu kenyataan awal Kementerian Kesihatan (MOH).
Ini termasuk tiga kes dalam masyarakat melibatkan warga dan penduduk tetap (PR) Singapura.
Sementara itu, kebanyakan daripada baki kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Dengan ini, jumlah jangkitan Covid-19 di sini mencapai 34,884 sejauh ini.
MOH akan memberi butiran lanjut malam ini.