Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 52 kes di S'pura, dua dari kelompok PCF Sparkletots Fengshan

Mar 26, 2020 | 09:50 PM



SINGAPURA mengesahkan 52 kes jangkitan Covid-19 baru pada Khamis (26 Mac), yang terdiri daripada 28 kes diimport dan 24 kes jangkitan setempat.


Sebanyak 10 kes jangkitan setempat didapati berkait dengan kelompok atau kes terdahulu, termasuk dua yang dikaitkan dengan kelompok pusat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots Fengshan dan satu yang berkait dengan kelompok Sekolah Antarabangsa Dover Court, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan.


Sebanyak 14 kes buat masa ini tidak mempunyai kaitan, termasuk kes 666 melibatkan warga Singapura berusia 32 tahun tanpa sejarah perjalanan ke negara atau rantau terjejas.


Wanita itu merupakan konsultan bersekutu di Pusat Kulit Nasional dan mula mengalami simptom pada 24 Mac.


Semua kes import mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asean dan bahagian lain Asia.


Kesemua mereka, kecuali dua, merupakan warga Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang pulang ke sini.


Sementara itu 12 kes telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah 172 pesakit telah sembuh.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >