Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 61 kes baru dikait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 129 kes baru jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang dilaporkan sehingga tengah hari semalam.



Ini termasuk 61 kes yang dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) dan enam kes yang dikaitkan dengan kelompok KTV.



Jumlah kes kelompok JFP kini mencapai 853 sementara kelompok KTV ialah 243.



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata, daripada 129 kes yang dilaporkan semalam, 76 dikaitkan dengan kes-kes sebelumnya dan sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Sebanyak 25 kes dikaitkan dengan kes sebelumnya dan dikesan melalui pemantauan.



Terdapat 28 kes yang tiada kaitan.



MOH berkata terdapat satu kes baru semalam yang melibatkan seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang baru menerima dos pertama vaksinasi Covid-19 nya dan "berisiko menghidap penyakit yang serius".



MOH juga berkata terdapat enam kes import yang sudah diberi SHN atau diasingkan.



Ini bermaksud terdapat sebanyak 135 kes baru yang dilaporkan di Singapura semalam.



Jumlah kes Covid-19 di Singapura kini sebanyak 64,314.



Negara ini juga telah menyaksikan 37 kematian akibat komplikasi Covid-19 dan 15 individu yang disahkan menghidap koronavirus itu meninggal dunia akibat sebab lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >