Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 7 pesakit, 3 pelawat dan seorang ahli fisioterapi kes baru kelompok TTSH; seorang lagi pegawai ICA turut dijangkiti

May 03, 2021 | 12:32 AM



SEBANYAK 11 kes baru Covid-19 pada Ahad (2 Mei) merupakan kes dari kelompok jangkitan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) - terdiri daripada tujuh pesakit, tiga pengunjung dan seorang ahli fisioterapi.



Tujuh pesakit itu telah berada di Wad 9D di hospital tersebut - lima daripadanya diuji positif setelah keluar hospital dan dalam kuarantin, dan dua diuji positif semasa masih di hospital. 



Pesakit itu berusia antara 60 tahun hingga 98 tahun, menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad malam.



Tiga pengunjung pula merupakan anggota keluarga kes yang disahkan positif sebelum ini, dan telah mengunjungi Wad 9D antara 18 April hingga 28 April.



Ahli fisioterapi yang positif itu pula merupakan seorang wanita Malaysia berusia 27 tahun yang bekerja di wad sama itu.



Bagi kelompok berkaitan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pula, satu kes baru telah disahkan Ahad. 



Beliau merupakan seorang pegawai ICA lelaki berusia 32 tahun yang dikerah di Akademi Home Team.



Sebelum ini, MOH mengesahkan 14 kes baru Covid-19 yang dijangkiti di Singapura, 11 daripadanya berkaitan dengan kelompok TTSH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >