Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 73 kes kini dalam kelompok Bukit Merah View

Jun 21, 2021 | 12:03 AM



KELOMPOK jangkitan Covid-19 di pasar dan pusat makanan Bukit Merah View bertambah hingga 73 kes, satu peningkatan daripada 70 kes yang dilaporkan pada Sabtu.



Dalam kenyataannya pada Ahad malam (20 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan tiga kes tambahan pada kelompok ini sudah dikuarantin apabila mereka diuji positif bagi koronavirus.



Kes-kes baru ini terdiri daripada wanita Singapura berusia 63 tahun yang bertugas sebagai penolong gudang di SMC Manufacturing Singapore Pte Ltd. Beliau adalah anggota keluarga dan kontak isi rumah pada kes sebelum ini.



Satu lagi kes melibatkan lelaki Singapura berusia 86 tahun yang merupakan pesara. Beliau menjalani ujian pengawasan masyarakat buat pengunjung Blok 115 dan 116 Bukit Merah View.



Kerana beliau merupakan kontak isi rumah kes sebelum ini, beliau dikenakan perintah kuarantin dan dikenal pasti positif Covid-19 sesudah menjalani ujian dalam kuarantin.



Kes baru ketiga dalam kelompok ini pula melibatkan warga Vietnam, 35 tahun, yang bekerja sebagai penolong gerai di Tiong Bahru Yong Tao Hu (56 Eng Hoon Street). Beliau batuk dan mengalami radang tekak pada 14 Jun.



Kerana beliau dikenal pasti sebagai kontak tempat kerja dua kes sebelum ini, beliau dikuarantin pada 15 Jun dan selanjutnya didapati positif Covid-19.



Keseluruhannya, jumlah kes di Singapura kini adalah 62,414 kes sejak pandemik bermula tahun lalu. 



Menurut MOH, terdapat 108 kes masyarakat dilaporkan bagi minggu sudah, satu peningkatan daripada 36 kes pada minggu sebelumnya. Bilangan kes tiada kaitan juga meningkat dari 15 kes dua minggu lalu kepada 21 kes pada minggu lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >