Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Covid-19: 73 kes masyarakat termasuk 21 kes tiada kaitan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: 73 kes masyarakat termasuk 21 kes tiada kaitan

Aug 08, 2021 | 06:42 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 73 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat sehingga 12 tengah hari Ahad (8 Ogos).

Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan 43 kes berkaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin manakala sembilan kes pula berkaitan dengan kes terdahulu dan dikenal pasti menerusi pemantauan.

Sementara itu, 21 kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini. Dalam kalangan kes ini, lima daripadanya merupakan warga emas lebih 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan vaksin lantas berisiko menghidap penyakit serius.

MOH turut menambah baki lima kes adalah kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Semua kes ini dikenal pasti setibanya di Singapura.

Kesemuanya terdapat 78 kes Covid-19 baru di Singapura pada Ahad.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3