Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 747 kes baru; kali pertama angka harian di bawah 1,000 sejak 20 Sep

Nov 29, 2021 | 12:23 AM



ANGKA kes jangkitan Covid-19 baru yang dilaporkan pada Ahad (28 November) kini adalah 747 kes, merosot daripada 1,761 kes pada Sabtu dan turun di bawah paras 1,000 kes buat kali pertama sejak 20 September.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 pula adalah 0.69, turun daripada 0.75 pada Sabtu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Ahad.



Ini adalah hari ke-16 berturut-turut kadar pertumbuhan mingguan berada di paras di bawah satu.



Angka ini merujuk pada nisbah kes masyarakat dalam masa seminggu mengatasi minggu sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah angka satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 baru yang merosot.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula adalah 57.4 peratus pada Ahad, meningkat daripada 56.6 peratus pada Sabtu.



Dalam pada itu, 11 orang antara usia 67 hingga 98 tahun meninggal dunia kerana komplikasi berkaitan dengan Covid-19, jelas MOH. Kesemua daripada mereka mempunyai kondisi perubatan tanpa butiran lanjut diberikan.



Kematian terkini itu membawa pada jumlah kematian di Singapura sejak pandemik bermula mencecah 701 kes.



Jangkitan baru itu terdiri daripada 719 kes masyarakat, 25 kes di dormitori pekerja migran dan tiga kes import.



Dalam kalangan kes masyarakat, 135 kes melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas.



Jumlah keseluruhan kes di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu adalah 262,383 kes.



Dalam kalangan kelompok yang dipantau rapi kini adalah Rumah Rawatan Pacific Healthcare berhampiran Jalan Bukit Merah, dengan sembilan kes baru yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kini adalah 44 kes kesemuanya.



Tiga kes baru pula ditambah pada Rumah Rawatan Econ Healthcare di Chai Chee, menjadikan kelompok ini kini mempunyai 41 kes.



Sehingga Jumaat, 85 peratus penduduk Singapura sama ada sudah lengkap divaksin atau mengambil dua dos suntikan dengan 25 peratus pula sudah mendapatkan suntikan penggalak.



Kata MOH: "Warga emas 60 tahun ke atas, khususnya jika belum divaksin, terus-terusan menjadi yang lebih teruk terjejas oleh Covid-19."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >