Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 8 kes baru termasuk 1 dalam masyarakat

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



LAPAN kes Covid-19 baru dikenal pasti sehingga 12 tengah hari semalam termasuk satu kes dalam masyarakat.



Ini menjadikan jumlah kes di Singapura 60,070.



Baki tujuh kes diimport dan kesemua pesakit telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Tiada kes dikenal pasti dari dormitori pekerja asing.



Kelmarin, 10 kes Covid-19 baru dikesan, kesemuanya diimport.



Antara kes itu ialah seorang kanak-kanak perempuan dari India.



Kanak-kanak itu, yang memegang pas kunjungan jangka pendek tidak menunjukkan gejala dan adalah kontak seorang individu yang telah dikenal pasti dijangkiti Covid-19 sebelum ini.



Lagi dua kes Covid-19 melibatkan pemilik pas jangka pendek berasal dari Indonesia.



Dua penduduk tetap (PR) yang pulang ke sini dari India dan Turkey serta seorang lagi pemilik pas keluarga dari India juga antara kes yang dilaporkan kelmarin.



Lagi empat kes pula melibatkan pemegang permit kerja dari beberapa negara, termasuk Bangladesh dan Malaysia, kata MOH.



Secara keseluruhan, bilangan kes baru dalam masyarakat telah berkurangan minggu lalu, daripada empat kes kepada dua kes berbanding minggu sebelumnya.



Bilangan kes yang tidak dapat dijejaki sumbernya juga telah berkurangan dalam tempoh yang sama, daripada empat kes kepada satu kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >