Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 8 kes import, tiada kes masyarakat

Dec 13, 2020 | 05:30 AM



TERDAPAT lapan kes Covid-19 baru di Singapura semalam menjadikan jumlah kes secara keseluruhan mencecah 58,313 kes.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, kesemua kes tersebut merupakan kes import dan telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah setibanya mereka di Singapura.



Tiada kes dalam masyarakat yang dikesan berdasarkan siasatan awalnya sehingga 12 tengah hari semalam.



MOH akan memaklumkan butiran terperinci malam nanti, katanya.



Dalam kenyataan berasingan kelmarin malam, MOH berkata semua pelawat yang memasuki Singapura dengan sejarah perjalanan ke Hong Kong sepanjang tempoh 14 hari yang lalu diperlukan menjalani perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan SHN khusus mulai malam ini (11.59 malam).



Pelawat tidak lagi dibenarkan menjalani SHN di kediaman mereka.



Namun semua pelawat, kecuali warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang memasuki Singapura mulai 18 Disember, 11.59 malam, dan mempunyai sejarah perjalanan dalam 14 hari yang lalu ke Hong Kong akan diperlukan menjalani ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) Covid-19, dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat, tambah MOH.



Sebelum ini MOH telah mengumumkan semua pelawat dari Hong Kong dibenarkan untuk menjalani SHN di kediaman mereka.



Memandangkan terdapat risiko penularan dalam masyarakat yang lebih tinggi baru-baru ini, semua pelawat tersebut perlu menjalani SHN sepanjang 14 hari itu di kemudahan SHN yang khusus, jelas MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >