LAPAN warga emas berusia antara 60 dengan 94 tahun meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini (4 Okt).
Tiga daripada mereka, yang kesemuanya merupakan warga Singapura, belum divaksinasi sementara lagi lima sudah divaksinasi.
Kesemua mereka mempunyai masalah kesihatan sebelum itu.
Ini menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia akibat koronavirus tersebut di sini sebanyak 121 orang.
Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata, seramai 1,355 individu kini berada di hospital akibat Covid-19, dengan 226 kes memerlukan tambahan oksigen.
35 kes berada di unit jagaan rapi (ICU).
MOH juga berkata terdapat 2,475 kes baru dilaporkan sehingga tengah hari tadi, 1,859 merupakan jangkitan dalam masyarakat, 601 kes dormitori pekerja migran dan 15 kes import.