Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 90 peratus kes baru diimport,berkait kes/kelompok terdahulu

Sep 13, 2020 | 11:39 PM



SEBANYAK 90 peratus daripada 49 kes jangkitan baru Covid-19 yang dikenal pasti  sehingga 12 tengah hari Ahad (13 September) merupakan kes import atau berkait dengan kes mahupun kelompok yang dikesan sebelum ini.



Baki 10 peratus kes baru pula menanti hasil proses jejak kontak.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Ahad malam (13 September), Kementerian Kesihatan (MOH) menambah secara keseluruhan, bilangan kes baru dalam masyarakat yang dikesan juga telah berkurangan daripada purata dua kes sehari pada minggu sebelum ini kepada purata satu kes sehari pada minggu selanjutnya.



Begitu juga dengan bilangan kes yang tiada kaitan dalam masyarakat di mana jumlah puratanya berkurangan daripada dua kes sehari pada minggu sebelumnya kepada purata satu kes sehari pada minggu selanjutnya.



MOH akan terus memantau bilangan kes yang dikenal pasti serta kes yang dikesan menerusi program pemantauan.



Satu kes masyarakat dikenal pasti pada Ahad (13 September) menerusi hasil Ujian Rutin Yang Dijadualkan buat pekerja dalam sektor binaan, kelautan dan pemprosesan yang tinggal di luar dormitori. Pemegang permit kerja itu adalah lelaki India berusia 42 tahun yang tidak menampakkan tanda jangkitan.



Dalam kalangan lapan kes import, seorang daripadanya adalah warga Singapura dan seorang pula Penduduk Tetap Singapura yang kembali ke sini dari India. Lagi empat kes pula adalah pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura dan datang dari Filipina.



Baki dua kes pula adalah pemegang pas tanggungan yang datang dari India dan Amerika Syarikat pada 30 Ogos lalu.



Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji positif ketika menjalani SHN di kemudahan khusus.



Sebanyak 31 kes dalam kalangan 40 kes di dormitori pula dikenal pasti awal dalam tempoh kuarantin yang mereka jalani kerana merupakan kontak kes sebelum ini. Baki sembilan kes pula didapati positif Covid-19 ketika menjalani ujian pemantauan seperti Ujian Rutin Yang Dijadualkan secara dwimingguan buat pekerja dormitori.



MOH juga menjelaskan 65 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Sebanyak 60 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >