Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 908 kes baru; 4 kes masyarakat dan 4 kes import

Aug 05, 2020 | 04:24 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengenal pasti 908 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari tadi (Rabu, 5 Ogos).



Kebanyakannya merupakan pekerja asing yang menetap di dormitori, jelas MOH dalam kenyataannya hari ini.



Mereka merupakan kumpulan pekerja asing yang sebelum ini menetap di dormitori yang mempunyai kes jangkitan Covid-19 tertinggi dan kini didapati sudah sembuh dari virus tersebut.



“Justeru, kami menjangkakan angka kes seharian akan kekal tinggi dalam beberapa hari yang akan datang sebelum ia kembali rendah, sedang pasukan petugas pelbagai agensi cuba memastikan kesemua dormitori bebas Covid-19,” kata kementerian itu.



Ia menambah pasukan petugas itu kini dalam landasan untuk memastikan semua dormitori bebas Covid-19 jelang 7 Ogos nanti,  kecuali beberapa blok khusus di dormitori yang berfungsi sebagai kemudahan kuarantin.



Dalam pada itu, hasil siasatan MOH menunjukkan terdapat empat kes masyarakat yang terdiri daripada tiga warga Singapura atau penduduk tetap (PR) dan seorang pemegang pas kerja. 



Empat kes import juga dilaporkan dengan kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus sampai di Singapura juga dikenal pasti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >