Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 917 kes baru; 2 warga emas 80-an tahun meninggal kerana komplikasi

Sep 21, 2021 | 12:14 AM



DUA lelaki Singapura berusia 84 dan 85 tahun meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan Covid-19 pada Ahad (19 September).



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Isnin, lelaki pertama digegaskan ke Hospital Besar Ng Teng Fong pada 13 September dengan tanda jangkitan dan disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama.



Beliau telah menjalani vaksinasi lengkap dan mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi dan kolestrol tinggi dalam darah. Kerana usia lanjutnya, beliau lebih terdedah pada penyakit teruk.



Kes kedua pula dikesan positif Covid-19 pada 16 September dan dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat pada 18 September. Beliau sudah menerima satu suntikan vaksin dan tidak diketahui mempunyai sebarang kondisi perubatan.



Sehingga hari ini, sebanyak 62 kes kematian kerana Covid-19 dilaporkan di Singapura.



Sebanyak 917 kes jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti di Singapura pada Isnin, terdiri daripada 832 kes masyarakat, 78 kes dormitori dan 7 kes import. Dalam kalangan kes ini, 230 daripadanya merupakan warga emas berusia melebihi 60 tahun.



Sementara itu, MOH masih memantau kelompok dengan kes baru. Ini termasuk kelompok dormitori Homestay Lodge di 39 Kaki Bukit Avenue 3, Pusat Kegiatan Hari SUN-DAC di Choa Chu Kang buat golongan kurang upaya intelektual dan firma produk kesihatan JMS Singapore.



Jangkitan di Homestay Lodge hanya dalam dormitori manakala di SUN-DAC pula melibatkan 10 klien pusat ini dan dua kakitangannya. Pusat ini ditutup sejak 17 September.



Seramai 16 kakitangan JMS Singapore pula dijangkiti Covid-19 dengan lima kontak isi rumah mereka turut terkena jangkitan tersebut.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >