Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Asia cari cara paling berkesan naik taraf tentera

Feb 17, 2022 | 05:30 AM



NEGARA-NEGARA di rantau Asia kelihatan sedang mencari cara paling berkesan untuk menaik taraf tentera mereka di sebalik gangguan akibat Covid-19, kata beberapa wakil syarikat pertahanan di luar Pertunjukan Udara Singapura yang berlangsung minggu ini.



Di ambang pertunjukan itu, Indonesia berkata ia akan memesan 42 jet pejuang Dassault Rafale dalam perjanjian AS$8.1 bilion ($10.89 bilion), menjadikan Jakarta pelanggan senjata Perancis terbesar di rantau ini.



Negara-negara Asia Tenggara khususnya kemungkinan besar akan menangani keperluan penting pada tahun depan, kata Dr Collin Koh, felo penyelidik di Institut Pertahanan dan Kajian Strategik Singapura.



"Sebilangan besar negara di rantau ini menghadapi hutang yang semakin meningkat... ini bermakna perbelanjaan berkemungkinan besar akan menjadi amat konservatif," kata Dr Koh, sambil menambah bahawa banyak negara sedang mencari helikopter yang lebih baik atau dinaik taraf.



"Pesawat sayap berputar, yang mempunyai banyak kegunaan, cenderung mendapat lebih banyak sokongan dan lebih mudah dari segi politik untuk memperolehnya."



Filipina mengumumkan pada Januari ia mahu membeli 32 helikopter S-70i Blackhawk daripada anak syarikat Sikorsky Aircraft PLZ Mielic. Sikorsky dimiliki oleh Lockheed Martin.



Di pertunjukan udara itu, Encik Tim Cahill, naib presiden kanan Lockheed Martin bagi perniagaan global, berkata terdapat "keperluan mendapatkan helikopter yang semakin meningkat" di rantau ini.



"Tempahan Filipina adalah satu yang sangat baik untuk kami; perkongsian dengan angkatan tentera benar-benar positif untuk kami, dan sebenarnya mereka memesan lebih banyak," katanya, yang enggan mendedahkan butiran terperinci.



Pesawat yang digunakan untuk mengawasi kawasan lautan yang besar yang memisahkan banyak negara di Asia, yang dipanggil pesawat peronda maritim (MPA) kekal sebagai keperluan yang tertunggak, kata Encik Boaz Levy, ketua pegawai eksekutif Israel Aerospace Industries (IAI).



IAI mempunyai perkongsian MPA dengan Embraer, dan juga menjual pesawat ELI-3360 MPA.



"Terdapat ramai pelanggan yang berminat - saya tidak boleh menyatakan peringkat atau negaranya," kata Encik Levy.



"Kami mempunyai banyak kegiatan, terutamanya dengan radar udara. Terdapat permintaan besar untuk pesawat sedemikian dan keupayaan sedemikian."



MPA sering membawa tanda harga yang besar, bagaimanapun - adangan dalam ekonomi global yang masih pulih daripada wabak itu.



Perjanjian MPA utama terakhir ialah penjualan enam pesawat Boeing P-8A Poisideon ke Korea Selatan pada 2018 dengan harga hampir AS$2 bilion, dan empat Poisideon kepada New Zealand dengan harga kira-kira AS$1.6 bilion.



Pesawat tanpa pemandu, atau dron, menawarkan cara yang lebih murah untuk mengawasi laut dan musuh yang berpotensi.



Australia sedang bekerjasama dengan Boeing untuk menghasilkan dron, yang akan terbang bersama pesawat pejuang, kata seorang wakil di pameran udara itu.



Dron juga sedang dipertimbangkan untuk kargo, dengan Lockheed Martin baru-baru ini menguji helikopter utiliti UH-60 Blackhawk autonomi. Menjual sistem sedemikian mempunyai cabarannya sendiri, kata Encik Cahill.



"Ia akan menjadi sangat menarik untuk melihat bagaimana ia berlaku," katanya.



"Menghantar pesawat tanpa pemandu untuk melakukan rondaan, semua orang OK dengan itu. Kemudian anda berkata ia akan membawa tentera... maka ada tahap keselesaan yang perlu anda capai."



Peningkatan peluru berpandu balistik dan roket artileri jarak jauh di rantau ini telah mendorong minat dalam sistem pertahanan udara yang dipertingkatkan, kata Encik Cahill dan Dr Koh.



Tetapi Dr Koh mengingatkan bahawa naik taraf sedemikian mahal dan tidak selalu dilihat sebagai mendesak.



"Akan ada minat dalam (pertahanan udara) jarak jauh di masa hadapan dari segi projek peningkatan," katanya. "Tetapi memandangkan sekitaran pembiayaan... pemerintah pada umumnya akan berpuas hati dengan sistem pertahanan udara jarak dekat dan sederhana."





"Sebilangan besar negara di rantau ini menghadapi hutang yang semakin meningkat... ini bermakna perbelanjaan berkemungkinan besar akan menjadi amat konservatif," kata Dr Koh, sambil menambah bahawa banyak negara sedang mencari helikopter yang lebih baik atau dinaik taraf. Pesawat sayap berputar, yang mempunyai banyak kegunaan, cenderung mendapat lebih banyak sokongan dan lebih mudah dari segi politik untuk memperolehnya."



- Dr Collin Koh, felo penyelidik di Institut Pertahanan dan Kajian Strategik Singapura.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >