Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Badan agama main peranan penting kekal perpaduan

May 18, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN dan pertubuhan berasaskan agama boleh melakukan lebih banyak lagi dan memainkan peranan penting untuk mengingatkan pengikut bahawa ancaman yang dihadapi bersama dalam pandemik ini adalah koronavirus dan bukan bersumber daripada orang atau negara asal, mahupun agama mereka.



Demikian dinyatakan Presiden Jamiyah Singapura, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, dan lima pemimpin pertubuhan agama dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam tentang perlunya mengukuhkan perpaduan dalam krisis ini.



"Selain menawarkan doa kepada mereka yang terjejas atau menggalak pengikut mereka untuk divaksin dan mematuhi peraturan yang mengawal penularan pandemik ini, lebih banyak dapat dilakukan oleh kami.



"Ini lebih-lebih lagi apabila kes-kes perkauman xenofobia, sikap tiada toleransi terhadap agama, dan tindakan serta kepercayaan tidak berasas lain tentang pandemik ini sedang meningkat.



"Sebagai pemimpin berasaskan agama, kami berada dalam kedudukan lebih baik untuk mengingatkan pengikut kami bahawa musuh dan ancaman bersama kami adalah virus ini, bukannya orang-orang atau negara atau agama mereka," kata kenyataan itu.



Ia menambah, kejadian jenayah benci berdasarkan kaum dan agama di negara ini baru-baru ini, walaupun jarang berlaku, mesti membuat semua orang lebih berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk mempertahankan sesiapa yang menghadapi kelakuan mengejutkan sebegitu.



"Sebagai NGO (persatuan bukan pemerintah) berasaskan agama di Republik ini, kami akan meneruskan pelbagai khidmat kami dalam menyokong golongan memerlukan, kurang upaya dan yang kurang bernasib baik.



"Kami juga bertekad untuk mengekalkan perpaduan dan keamanan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama kita, dan ini termasuk pekerja migran kami dan keluarga mereka.



"Aspirasi dan kerjasama yang menyatukan ini adalah usaha berharga dan penting yang kami, tanpa mengambil kira kepercayaan dan ideologi berbeza kami, lebih daripada bersedia untuk tegakkan," katanya.



Kenyataan itu juga berkata kerjasama dan kepercayaan bersama yang ditunjukkan oleh semua masyarakat kaum dan agama di Singapura telah meletakkan negara ini dalam keadaan lebih baik untuk mengawal Covid-19, berbanding di beberapa negara lain di serata dunia.



Tetapi kenyataan itu mengingatkan agar penduduk di sini tidak boleh leka dan memilih huraian mudah dan jangka pendek seperti melonggarkan peraturan.



"Pengalaman pahit dari banyak negara harus memberi pengajaran yang cukup untuk kita semua - bahawa kelonggaran sedemikian, dilakukan terlalu cepat, telah menyebabkan kesan buruk," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >