Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Covid-19: Badan Melayu/Islam tumpu usaha bantu tingkat pendidikan, pekerjaan

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



SEDANG pandemik Covid-19 terus menjejas orang ramai, termasuk masyarakat Melayu/Islam setempat, badan Melayu/Islam seperti Yayasan Mendaki giat berusaha mempertingkat masyarakat khususnya dari segi pendidikan dan pekerjaan, kata Presiden Halimah Yacob.



Bercakap dengan media selepas berkunjung ke pusat satelit Mendaki@Choa Chu Kang semalam, beliau berkata visi ingin memperbaiki mutu kehidupan masyarakat Melayu/Islam di Singapura menerusi pelajaran, pendidikan prasekolah dan pekerjaan itu satu matlamat yang amat penting.



Antara program yang diusahakan Mendaki termasuk KelasMateMatika (KMM) yang bertujuan memperkasa ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah berusia empat hingga enam tahun untuk membantu anak mereka menguasai kemahiran asas celik angka serta mempersiap mereka bagi darjah satu.



"Saya sendiri ingin menegaskan amatlah penting... anak-anak kita mulakan pelajaran prasekolah, sekurang-kurangnya tiga tahun di prasekolah.



"Jika mereka tidak dapat pengalaman tersebut, pelajaran mereka semasa mereka di darjah satu akan terjejas kerana... mereka tidak dapat mengikut apa yang diajar oleh guru," kata Puan Halimah.



Puan Halimah turut menarik perhatian pentingnya usaha membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan, dengan ramai pekerja yang terjejas akibat Covid-19 sekarang.



Mendaki misalnya melancarkan aplikasi CariKerja untuk membolehkan pencari kerja melayari dan memohon pekerjaan yang tersedia selain menganjurkan pameran kerjaya di dalam talian.



Namun, beliau berkata adalah lebih penting usaha lebih terperinci dijalankan untuk memadankan mereka yang sedang mencari pekerjaan dengan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kebolehan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.



Tambahnya, usaha juga perlu dijalankan untuk membantu mereka yang tidak memiliki keupayaan yang diperlukan sekarang untuk menceburi sektor yang kian berkembang seperti pengeluaran, penjagaan kesihatan dan bioteknologi.



"Sebagai individu, kita harus berusaha mengamati pembelajaran sepanjang hayat. Ini penting kerana keadaan berubah dengan pesat sekali dan kalau kita tak dapat berubah mengikut (permintaan) ekonomi dan sosial, kita akan ketinggalan," ujarnya.



Selain usaha yang dijalankan untuk menangani kesan Covid-19 sekarang, termasuk mempersiap pekerja meraih peluang pekerjaan, Puan Halimah berkata program jangka panjang seperti Keluarga Akrab (FEC) Mendaki juga penting kerana ia menggalak nilai saling menyokong dalam keluarga dan masyarakat.



Antara mereka yang menyertai program itu termasuk Cik Norlin Mustafa, seorang pegawai akaun dan pentadbiran berusia 37 tahun.



Menurut ibu tunggal dua anak berusia 11 dan 12 tahun itu, cabaran yang beliau hadapi menjadi lebih sukar dek kesan Covid-19.



Oleh itu, sesi FEC Mendaki itu - yang disertainya sejak Oktober - dapat membantunya menangani tekanan yang dihadapi dengan lebih baik serta mengenali lebih ramai orang yang tinggal di kejiranannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >