Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Bayi 1 tahun antara 15 kes import baru di S'pura

Dec 15, 2020 | 11:08 PM




TIGA daripada 15 kes import yang dilaporkan pada Selasa (15 Dis) terdiri daripada warga Singapura yang pulang dari India, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 





Enam kes import lain pula terdiri daripada pemegang pas kerja berasal dari Brazil, India dan Indonesia, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) Selasa malam. 


Sementara itu dua kes lain merupakan pemegang pas tanggungan dari Sepanyol dan pemegang pas pelajar yang tiba dari India.


Empat pemegang pas kunjungan jangka pendek terangkum di bawah kes import yang dilaporkan, di mana dua daripada mereka tiba dari Indonesia dan India dan merupakan anggota keluarga warga Singapura atau penduduk tetap.




 



Seorang daripada mereka merupakan bayi warga Indonesia berusia satu tahun. 







MOH menambah, seorang lagi pemegang pas kunjungan jangka pendek tiba dari Russia untuk mengambil bahagian dalam acara seni pertahanan diri campuran (MMA) manakala seorang lagi tiba dari Australia.


Kededuanya telah menjalani ujian Covid-19 sebaik tiba di Singapura, dan dikenakan perintah berkurung sementara menunggu hasil ujian serta dibawa langsung ke hospital sebaik disahkan positif.


Sementara itu, satu kes dikesan di dormitori pekerja hari ini.


Beliau tidak menunjukkan sebarang simtom dan dikesan selepas menjalani ujian Covid-19 sebelum bertolak pulang ke China.


Kesemua Ujian Rutin Berjadual (RRT) yang dijalaninya sebelum ini disahkan negatif.

 

Namun, hasil ujian serologinya positif dan ini menunjukkan kemungkinan jangkitan sebelum ini.


Sehingga malam tadi, seramai 58,233 pesakit telah pulih daripada penyakit ini.


Sebanyak 24 pesakit masih berada di hospital, dengan tiada yang menjalani rawatan intensif, sementara 54 pesakit sedang pulih di kemudahan masyarakat.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >