Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 berkurang di negara guna vaksin Moderna, Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca

ion
Jun 13, 2021 | 05:30 AM



DATA menunjukkan kadar jangkitan Covid-19 berkurang di negara menggunakan vaksin Moderna, Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca, namun keberkesanannya merosot ketara terhadap varian Beta koronavirus itu.



Laporan JP Morgan itu, yang kali terakhir dikemas kini kelmarin, ditukil Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dalam satu pos Facebook semalam. Beliau berkata adalah menggalakkan bahawa lebih tinggi kadar vaksinasi, lebih rendah kadar jangkitan.



Laporan itu menerbitkan carta yang menunjukkan kemerosotan jumlah jangkitan harian baru apabila lebih ramai orang divaksin di beberapa negara, termasuk Britain, Amerika Syarikat dan Jerman.



"Ia menunjukkan gambaran menggalakkan... Tentunya, langkah bukan perubatan seperti jarak sosial dan penggunaan pelitup tetap penting," kata Encik Ong.



Laporan itu juga memberi maklumat terkini tentang topik seperti keberkesanan vaksin terhadap varian virus berlainan dan mengenai virus mRNA, bagaimana ia berfungsi dan kesan sampingannya.



Vaksin Pfizer, Moderna dan AstraZeneca menunjukkan keberkesanan berkurangan terhadap varian Beta - kali pertama dikesan di Afrika Selatan - dalam kajian makmal. Syarikat itu sedang berusaha mempertingkat keberkesan vaksin mereka.



Penularan varian Beta minimum sejauh ini di Amerika, namun ia telah mula tersebar lebih luas di Perancis dan Jepun.



Sementara itu, lebih 100 pelawat pusat beli-belah Ion Orchard sepanjang dua minggu lalu menjalani ujian swab di sebuah pusat perubatan di Scotts Road semalam.



Orang ramai beratur panjang di luar dan dalam Shaw Centre, menanti giliran menjalani ujian di Pusat Perubatan Raffles mulai 8.30 pagi, lapor The Straits Times. Kebanyakan berkata mereka mahu memastikan mereka selamat.



Namun Cik Aparna, 71 tahun, berkata beliau dan suaminya mahu memastikan keselamatan orang lain. Mereka, yang sudah menerima vaksin Covid-19 penuh, mengunjungi kedai Daiso di Ion Orchard Selasa lalu.



Pelawat Ion Orchard dari 3 Jun hingga kelmarin ditawarkan ujian Covid-19 percuma mulai semalam, selepas Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan beberapa kes Covid-19 ada kaitan dengan pusat beli-belah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >