Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Bilangan kes harian dijangka melebihi 1,000 tidak lama lagi, tempoh 2-4 minggu akan datang genting

Sep 10, 2021 | 05:04 PM



BILANGAN kes Covid-19 yang melonjak mencetus keprihatinan dan tempoh dua empat minggu akan datang adalah genting untuk melihat sama ada peningkatan ini menyebabkan kes lagi serius dan kematian kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong semalam.



Dari hari ke hari, bilangan purata kes Covid-19 telah bertambah dari 76 kes pada dua minggu lalu kepada 288 pada minggu lalu. Kementerian Kesihatan (MOH) menjangka bilangan ini melebihi 1,000 tidak lama lagi, dengan lebih banyak kes dikesan menerusi pengujian lebih kerap.



Bercakap kepada wartawan di sidang media yang diadakan pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19  (MTF)  pada Jumaat (10 September), Encik Gan berkata ramai orang bertanya sama ada pemerintah telah berganjak dari rancangan asal untuk membuka semula ekonomi walaupun kadar pemvaksinan di sini adalah tinggi.



Sekitar 81 peratus penduduk disini telah divaksin sepenuhnya.



Keprihatinan ini tercetus pada Isnin lalu, selepas Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama MTF, menggesa warga Singapura supaya mengurangkan kegiatan sosial yang tidak penting bagi tempoh dua minggu akan datang. 



Encik Gan berkata penduduk di sini perlu bersedia menghadapi jalan yang  berliku-liku dalam perjalanan menyesuaikan diri untuk hidup dengan Covid-19.



“Berdasarkan virus yang sukar diramal ini, kita haru bersedia untuk menyesuaikan rancangan kita,” ujar beliau.



Menambah, beliau berkata Singapura akan terus menggesa orang ramai supaya mendapat perlindungan menerusi vaksin, sementara mempercepat pelaksanaan suntikan ‘booster’ dan mempertingkat pengujian Covid-19 di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >