Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Budak 11 tahun kes tunggal dalam masyarakat; penyelia binaan yang sudah jalani vaksinasi kes tunggal dormitori

Apr 23, 2021 | 12:15 AM



SEORANG budak lelaki warga India berusia 11 tahun adalah satu-satunya kes jangkitan Covid-19 baru dalam masyarakat yang dikesan pada Khamis (22 April).



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya menjelaskan pemegang pas pelajar itu adalah anak kepada pasangan suami isteri yang dijangkiti sebelum ini. Dia juga kontak yang menetap di bawah satu bumbung dengan satu lagi kes yang dikesan baru-baru ini.



Pelajar ini menuntut di Kolej Antarabangsa Dimensions di 58 Lowland Road.



Memandangkan dia dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelum ini, dia diperintah menjalani kuarantin di rumah pada 16 April. Kanak-kanak ini menjalani ujian Covid-19 pada 17 April dan 19 April sewaktu kuarantin. Hasil ujiannya negatif.



Namun, pada 21 April, dia mula demam dan melaporkan tanda tersebut kepada MOH. Satu lagi ujian dijalani dengan keputusannya positif Covid-19. Budak ini kemudian digegaskan ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Sementara itu, MOH mengesahkan bahawa kes tunggal di dormitori yang dikenal pasti pada Khamis berkait dengam kes sebelum ini. Beliau adalah warga Bangladesh berusia 32 tahun dan merupakan pemegang permit kerja yang tiba di Singapura pada Disember 2018.



Beliau adalah penyelia binaan di syarikat Prosper Environmental & Engineering Pte Ltd dengan tempat bertugasnya di Sembcorp Marine Admiralty Yard di 60 Admiralty Road West.



Penghuni Dormitori Westlite Woodlands ini adalah rakan sebilik kes sebelum ini. Beliau dikuarantin di kemudahan kuarantin pemerintah pada 19 April. Kes ini tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan tetapi diuji positif Covid-19 pada 20 April sewaktu kuarantin bagi mengesahkan statusnya.



Keputusan ujiannya disahkan positif Covid-19 keesokan hari dengan beliau digegaskan ke Hospital Tan Tock Seng. Ujian-ujian awal sebelum ini hasil Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT), yang terakhir pada 13 April semuanya negatif. Keputusan ujian serologinya masih dinantikan.



Kes ini, tambah MOH, sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada 13 Mac lalu disusuli dengan suntikan dos kedua pada 3 April. Kerana itu, tanda jangkitan kemungkinan kurang kelihatan.



Menurut MOH lagi, vaksin Covid-19 berkesan dalam mencegah penyakit dengan tanda jangkitan bagi kebanyakan yang telah melalui vaksinasi. Sungguhpun begitu, mereka yang menjalani vaksinasi masih berdepan dengan kemungkinan dijangkiti.



Kajian lanjutan kini diperlukan bagi mengesahkan jika vaksinasi juga akan mencegah jangkitan lanjut. Ia juga adalah peringatan bahawa kita tidak boleh bersikap sambil lewa.



Lantaran itu, MOH tetap menekankan langkah pengurusan selamat, ujian dan proses jejak kontak yang dianggap perlu diteruskan dan berkesan dalam membantu mengekang penularan dan memastikan jangkitan dalam masyarakat kekal rendah.



Sementara itu, 22 kes import baru turut dikenal pasti MOH pada Khamis.



Satu kes melibatkan warga Singapura manakala dua lagi kes adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari India, Malaysia dan Pakistan. 



Empat kes pula adlaah pemegang pas tanggungan dari India, Sri Lanka dan Amiriah Arab Bersatu (UAE). Lagi dua kes pula adalah pemegang pas pelajar dari India.



Tiga kes pula adalah pemegang pas kerja dari India dan Maldives. Lapan kes melibatkan pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Tiga daripada mereka adalah pembantu rumah asing.



Baki dua kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Salah seorangnya adalah kru kapal dari India yang ke sini untuk menaiki kapal yang berlabuh di Singapura. Lagi satu kes pula tiba dari Habsyah bagi satu projek kerja di Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >