Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 dalam kalangan jemaah S'pura di Tanah Suci: Jumlah kes rendah dan tiada kematian, jelas Masagos

94 daripada 890 jemaah SG dijangkiti Covid-19 tetapi pulih sebelum kembali ke tanah air
Jul 30, 2022 | 09:55 PM



WALAUPUN pandemik Covid-19 sedang menular dengan pantas di serata dunia ketika ibadah haji dijalankan, jumlah jemaah haji Singapura yang dijangkiti penyakit itu adalah rendah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad selaku ketua pengutusan haji tahun ini.



Dalam kalangan 890 jemaah haji yang berjaya menunaikan ibadah tersebut, kira-kira 94 orang dijangkiti Covid-19, tambahnya yang melahirkan kesyukuran bahawa tiada kematian yang berlaku dalam kalangan jemaah Singapura di Makkah tahun ini.



Jemaah haji yang dijangkiti Covid-19 juga sudah pulih sepenuhnya sebelum berangkat ke Singapura.



Encik Masagos ditemui sewaktu menyambut kepulangan kumpulan kedua terakhir jemaah haji – 96 jemaah dari TM Fouzy Travel & Tours dan 36 jemaah dari Shahidah Travel  – yang selamat pulang ke tanah air setelah menunaikan ibadah haji.



Senyuman terukir manakala tangisan pula membasahi pipi masing-masing sedang jemaah haji mendakap keluarga dan orang tersayang yang sabar menanti kepulangan mereka walaupun penerbangan tertangguh.



Ketika ditemui di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, Encik Masagos mengakui bahawa terdapat keterbatasan menerusi langkah keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi tahun ini termasuk memerlukan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) jemaah  yang negatif dan hanya membenarkan jemaah berusia di bawah 65 tahun untuk menunaikan haji.



Meskipun begitu, beliau berkata kesannya akhirnya positif.



“Jemaah amat sihat apabila mereka sedang menunaikan haji kerana mereka agak muda, dan lebih penting, tiada kematian tahun ini dalam kalangan jemaah haji, yang saya rasa adalah situasi kali pertama,” ujarnya.



Beliau turut melahirkan kegembiraan bahawa jemaah haji secara sukarela akan mengambil ujian ART dalam lima hingga tujuh hari setelah ketibaan mereka di Singapura.



“Jika positif, mereka tidak akan keluar rumah, tetapi kalau mereka negatif, walaupun mereka keluar rumah, mereka juga akan elak tempat yang mempunyai ramai orang,” katanya sambil menambah bahawa ini menunjukkan sifat bertanggungjawab golongan ini yang pulang daripada tempat dengan Covid-19 mungkin menular.



Kumpulan terakhir jemaah haji Singapura yang terdiri daripada 114 orang akan pulang ke Singapura pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >