Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di SG: 24 kes masyarakat, 2 tanpa hubungan

May 25, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 24 kes Covid-19 baru dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk dua kes tanpa hubungan.



Baki 22 kes pula didapati ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini.



12 daripada kes baru itu telah dikuarantin, termasuk lima warga Singapura atau penduduk tetap (PR).



Tiada kes baru dilaporkan dari dormitori pekerja migran.



Mengambil kira 12 kes import, secara keseluruhan, terdapat 36 kes baru Covid-19 12 tengah hari semalam, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Ia membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 kepada 61,860.



Lewat semalam, MOH turut memberi kemas kini mengenai operasi pengujian swab yang diadakan di Blok 559 di Pasir Ris Street 51.



MOH berkata 188 individu daripada 285 penduduk dan pengunjung yang telah diuji sehingga 12 tengah hari semalam telah didapati negatif bagi Covid-19 dan tiada orang yang didapati positif.



Lagi 97 hasil ujian masih belum diperolehi, kata MOH.



Kelmarin, MOH telah memberitahu semua penduduk di blok itu supaya menjalani ujian swab selepas empat kes Covid-19 dari dua isi rumah berasingan dikenal pasti.



Pusat membeli-belah Jem dan Westgate di Jurong East diisytiharkan satu kelompok jangkitan masyarakat baru - dengan terdapat empat kes dikaitkan dengannya.



Memberi perincian, MOH mengatakan empat kes itu termasuk seorang guru muzik di Sekolah Muzik Yamaha yang mengalami demam dan mendapatkan rawatan lima hari kemudian.



Dalam pada itu, pada Sabtu lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari My First Skool di Fernvale Link dan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari prasekolah M.Y World di Anchorvale Parkview pula antara 22 kes dalam masyarakat yang dilaporkan.



Prasekolah M.Y World ditutup sejak 23 Mei hingga hari ini untuk pembersihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >