Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 1,165 kes baru; kes Omicron merosot

Jan 17, 2022 | 11:14 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 1,165 kes Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Isnin (17 Januari), tambahan pada 863 kes yang dilaporkan pada Ahad.



Namun, jumlah kes varian Omicron merosot kepada 609 kes berbanding 675 kes sehari sebelumnya, dedah MOH dalam laman rasminya yang memberi butiran harian terkini.



Ini adalah kali pertama sejak 2 Disember di mana Singapura melaporkan lebih 1,000 kes koronavirus harian baru.



Kes Covid-19 baru terdiri daripada 631 kes tempatan dan 534 kes import.



Bagi kes Omicron pula, 380 kes adalah tempatan manakala 229 kes pula import.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula meningkat mencecah 1.6 pada Isnin, daripada 1.49 pada hari sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Angka melebihi satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 baru secara mingguan meningkat.



Tiada kematian yang dilaporkan berkait dengan Covid-19. Bilangan kematian berkaitan dengan komplikasi Covid-19 di Singapura adalah 843 kes.



Sehingga Isnin, Singapura melaporkan sejumlah 293,014 kes Covid-19.



Terdapat 217 pesakit di hospital, dengan 13 kes memerlukan sokongan oksigen manakala 13 kes lagi berada di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura yang layak telah tamat rejim vaksinasi lengkap mereka manakala 52 peratus penduduk sudah menerima suntikan vaksin penggalak.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >