Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 1,448 kes baru; kadar pertumbuhan jangkitan meningkat cecah 1.76

Jan 18, 2022 | 11:53 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 1,448 kes Covid-19 baru pada Selasa (18 Januari).



Terdapat tambahan daripada 1,165 kes baru yang dilaporkan pada Isnin. Itu adalah kali pertama Singapura melaporkan lebih 1,000 kes koronavirus tempatan baru sejak 2 Disember, jelas MOH di laman rasminya.



Kes baru itu terdiri daripada 990 kes tempatan dan 458 kes import.



Sejumlah 589 kes varian Omicron dilaporkan, merosot daripada 609 kes sehari sebelum ini. Dalam kalangan kes tersebut, 504 kes adalah kes tempatan manakala 85 kes merupakan kes import.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan di Singapura juga bertambah kepada 1.76 pada Selasa, berbanding 1.6 pada Isnin.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi  minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Angka melebihi 1 menunjukkan jumlah kes Covid-19 mingguan baru kian bertambah.



Tiada kematian dilaporkan. Jumlah kematian kerana komplikasi Covid-19 di Singapura sejak pandemik melanda dua tahun lalu adalah 843 kes.



Sehingga Selasa, Singapura melaporkan sejumlah 294,462 kes Covid-19.



Terdapat 247 pesakit di hospital, dengan 16 kes memerlukan sokongan oksigen manakala 13 kes dalam Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura yang layak telah lengkap divaksin manakala 53 peratus penduduk sudah menerima suntikan penggalak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >