Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 15 daripada 100 kes merupakan jangkitan semula

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 15 daripada 100 orang di sini yang menghidap Covid-19 telah dijangkiti sebelum ini, dan ini boleh membawa kepada satu lagi gelombang sekiranya jumlah kes meningkat dalam hari-hari mendatang.



Memberi perangkaan itu malam kelmarin, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkata pihak berkuasa sedang memantau sama ada negara ini sedang mengalami lagi satu gelombang besar kes Covid-19 dengan melihat kepada kadar jangkitan semula.



Beliau berkata:



"Buat masa ini, kadar jangkitan semula adalah kira-kira 15 peratus, bermakna dalam 100 orang yang dijangkiti, 15 mendapatnya buat kali kedua.



"Jika anda mula melihat 50 peratus mendapatnya buat kali kedua, anda akan mengalami sebuah gelombang."



Encik Ong berucap tentang pengalamannya menangani pandemik dan rasional bagi langkah-langkah Covid-19 di Singapura sewaktu ceramah awam di bawah Siri Penceramah Presiden Kolej Yale-NUS, yang menampilkan personaliti global penting.



Keputusan pemerintah untuk mengharungi pandemik dengan melonggarkan peraturan kuarantin pada Oktober tahun lalu merupakan satu yang muktamad, yang tiba sedang gelombang Delta sedang bergelora, kata Encik Ong sewaktu ceramah tersebut kelmarin yang diadakan di kampus.



Membebaskan kira-kira 40,000 orang daripada kuarantin dengan memudahkan peraturan pada waktu itu merupakan "titik perubahan" buat Singapura, sedang kadar vaksinasi meningkat menyusuli itu dan kebanyakan orang di sini juga memikul tanggungjawab untuk mengasingkan diri apabila perlu, tambahnya.



Encik Ong berkata:



"Dengan setiap gelombang, kami dapat membuka (ekonomi) dan malah mengharungi gelombang itu."



Lebih 4,000 kes dilaporkan Ahad lalu dan ini boleh berganda kepada antara 9,000 dengan 10,000 pada hari Selasa, yang biasanya merupakan hari yang paling digeruni dalam seminggu, katanya.



Selalunya, terdapat lonjakan dalam jumlah kes pada hari Selasa, kerana orang ramai melakukan kegiatan sosial pada hujung minggu.



Menyentuh tentang keadaan Covid-19 kini, Encik Ong berkata:



"Hospital akan menjadi lebih sibuk, pekerja penjagaan kesihatan akan tertekan, dan kita perlu menyokong mereka semampu kita, tetapi kita perlu cuba yang terbaik untuk mengharungi ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >