Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 2,069 kes baru;18 kematian warga emas

Nov 16, 2021 | 11:45 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 2,069 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Selasa (16 November).



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 berkurangan mencecah 0.88, berbanding 0.94 pada Isnin.



Angka ini merujuk pada nisbah kes masyarakat pada minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang secara konsisten berada di bawah paras 1 menunjukkan bilangan kes Covid-19 baru secara mingguan merosot.



Selama empat hari berturut-turut, kadar pertumbuhan jangkitan Singapura adalah di bawah 1 selepas ia meningkat melebihi 1 Jumaat lalu.



Dalam pada itu, MOH dalam kenyataannya pada Selasa turut melaporkan kematian 18 orang antara usia 67 dengan 95 tahun kerana komplikasi berkaitan Covid-19.



Kesemua daripada mereka mempunyai kondisi perubatan, jelas MOH, tanpa memberi butiran lanjut.



Kematian terbaru ini membawa pada jumlah keseluruhan kematian di Singapura mencecah 612 kes.



Kes jangkitan baru ini terdiri daripada 2,021 kes masyarakat, 43 kes dormitori pekerja migran dan lima kes import.



Dalam kalangan kes masyarakat, 355 daripadanya merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas.



Angka keseluruhan kes baru Covid-19 di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu adalah 241,341 kes.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >