Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 25 kes baru, 22 dalam masyarakat

May 24, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 25 kes baru Covid-19 sehingga tengah hari semalam termasuk 21 kes dalam masyarakat dan satu kes dormitori pekerja migran.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata tiga daripada kes setempat itu dilaporkan tidak berkait, manakala daripada baki 19 kes setempat, 12 daripadanya sudah dikuarantin apabila mereka diuji positif bagi Covid-19.



Terdapat tiga kes diimport yang telah diperintah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya mereka di Singapura.



Mereka sudah diasingkan daripada masyarakat apabila mereka didapati positif Covid19, kata MOH.



Kementerian itu juga menjelaskan, dua daripada mereka merupakan warga Singapura atau Penduduk Tetap.



Bilangan kes baru semalam menjadikan jumlah kes setempat kini mencecah 61,824 kes.



Singapura memasuki minggu kedua di bawah langkah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) sejak 16 Mei lalu bagi mengekang jangkitan dalam masyarakat.



MOH sebelum ini turut melaporkan bahawa salah satu kes dalam masyarakat merupakan seorang penduduk Blok 506, Hougang Avenue 8 yang didapati positif ketika menjalani ujian mandatori ke atas penduduk kejiranan tersebut pada Jumaat dan Sabtu lalu.



Ujian yang diadakan di kolong blok itu perlu dijalankan bagi kesemua 116 isi rumah blok berkenaan. Ini kali pertama operasi sebegitu dilaksanakan di sini.



Sejak itu, terdapat 10 kes Covid-19 dicatatkan daripada empat isi rumah yang mendiami blok itu, dan keputusan bagi 126 penduduk lain masih sedang dinantikan.



Semalam, operasi serupa turut dijalankan ke atas seramai 243 penduduk di Blok 559, Pasir Ris Street 51.



Ujian mereka dijalankan di pusat ujian bekas Sekolah Rendah Coral.



Sehingga kelmarin, bilangan kes baru dalam masyarakat telah meningkat daripada 103 kes dua minggu lalu kepada 199 kes pada minggu lalu.



Kes yang tidak berkait juga meningkat daripada 14 kes dua minggu lalu kepada 61 kes minggu lalu.



Antara kes yang tidak berkait itu dilaporkan telah berkunjung ke pusat beli-belah Westgate di Jurong East baru-baru ini.



Pusat beli-belah Jem, terletak di sebelah Westgate, juga didapati dikunjungi individu yang diuji positif Covid-19.



MOH mengumumkan kelmarin malam bahawa kededua pusat beli-belah itu telah ditutup mulai semalam selama tempoh dua minggu agar kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan.



Ini supaya ia dapat menyekat dan memutuskan rantaian penularan jangkitan virus itu.



Secara purata, bilangan kes baru pada minggu lalu dilaporkan sebanyak 20 hingga 30 kes setiap hari.




COVID-19 DI S’PURA – 23 MEI



JUMLAH KES BARU: 25



DALAM MASYARAKAT: 22

(Tiada kaitan: 3)

(Kaitan kes awal: 19)



DIIMPORT: 3



DI DORMITORI: 1



JUMLAH KEMATIAN: 32



JUMLAH KES KESELURUHAN: 61,824 (Hingga 12 tengah hari semalam)



  • Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >