Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 344 kes baru; 158 kes Omicron; 1 kematian

Dec 31, 2021 | 11:08 PM



SINGAPURA melaporkan 344 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Jumaat (31 Disember), terdiri daripada 165 kes masyarakat, tujuh kes dormitori dan 172 kes import.



Satu kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di Singapura kerana komplikasi Covid-19 mencecah 828 kes.



Demikian mengikut perangkaan terkini yang tertera pada laman Kementerian Kesihatan (MOH).



Angka kes baru pada Jumaat meningkat daripada 311 kes yang dilaporkan pada Khamis. Pada Rabu, jumlahnya adalah 341 kes.



Secara berasingan, laman MOH juga menunjukkan terdapat 158 kes varian Omicron baru yang dikenal pasti pada Jumaat. Ia terdiri daripada 34 kes tempatan dan 124 kes import.



Pada Khamis, jumlah kes Omicron mencecah 103 kes dengan 70 kes import dan 33 kes tempatan.



Dalam pada itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pada Jumaat adalah 0.82, meningkat daripada 0.73 yang dicatat pada Khamis. Nisbah ini merujuk pada jumlah kes masyarakat pada minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya.



Kadar pertumbuhan ini kekal di bawah angka satu sejak 13 November. Angka bawah satu bermakna jumlah kes Covid-19 baru secara mingguan merosot.



Sehingga Jumaat, jumlah keseluruhan kes Covid-19 baru yang dilaporkan Singapura mencecah 279,405 kes sejak pandemik bermula pada 2020.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) adalah 46.2 peratus, merosot daripada 49.9 peratus pada Khamis.



Masih terdapat 266 pesakit yang dirawat di hospital, dengan 42 kes memerlukan sokongan oksigen.



Di ICU, empat pesakit memerlukan pemantauan rapi manakala 16 orang berada dalam keadaan tenat.



Sehingga Khamis, 91 peratus warga Singapura yang layak telah mendapatkan vaksinasi lengkap mereka di bawah program vaksinasi nasional.



Peratusan ini telah dikemaskinikan untuk melibatkan kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun, selepas vaksinasi bagi kumpulan usia ini dimulakan pada Isnin.



Sekitar 40 peratus daripada keseluruhan penduduk sudah menerima suntikan penggalak.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >