Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Covid-19 di S'pura: 509 pesakit di hospital; 35 perlu sokongan oksigen; 10 dirawat di ICU

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19 di S'pura: 509 pesakit di hospital; 35 perlu sokongan oksigen; 10 dirawat di ICU

Jan 25, 2022 | 11:32 PM

SEJUMLAH 509 pesakit kini dirawat di hospital kerana Covid-19 dengan 35 orang daripada mereka memerlukan sokongan oksigen manakala baki 10 orang lagi dalam Unit Jagaan Rapi (ICU). 

Angka pada Selasa (25 Januari) ini merupakan tambahan 31 orang lagi yang dirawat di hospital berbanding Isnin. Terdapat tiga lagi pesakit yang memerlukan sokongan oksigen walaupun jumlah kes di ICU turun satu kes.

Dalam pada itu, dua kematian berpunca daripada komplikasi Covid-19 dilaporkan pada Selasa walaupun Kementerian Kesihatan (MOH) tidak memberi sebarang maklumat mengenai kes ini dalam data hariannya.

Singapura melaporkan 5,578 kes koronavirus baru pada Selasa. Sekitar 70 peratus daripada mereka atau 3,916 kes dikesan melalui ujian pantas antigen, menandakan mereka tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan atau mengalami tanda ringan sahaja.

Baki 1,662 kes dikesan menerusi ujian rantaian polymerase (PCR).

Lagi 418 kes pula dikenal pasti dalam pengunjung yang memasuki Singapura.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pada Selasa pula adalah 2.68, bererti ia mengambil masa kurang seminggu untuk angka kes ini bertambah seganda.

Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah, mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi satu menunjukkan bilangan angka Covid-19 baru mingguan bertambah.

Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura sejauh ini adalah 322,770 kes dengan 850 kematian.

Sekitar 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin manakala 56 peratus penduduk sudah menerima suntikan penggalak.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3