Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 580 kes dirawat di hospital; 44 kes perlu sokongan oksigen; 11 dirawat di ICU

Jan 26, 2022 | 10:54 PM



SERAMAI 580 orang di Singapura kini dirawat di hospital kerana Covid-19, dengan 44 kes memerlukan sokongan oksigen dan 11 lagi kes di dalam Unit Jagaan Rapi (ICU).



Perangkaan Kementerian Kesihatan (MOH) sehingga 12 tengah hari Rabu (26 Januari) menunjukkan terdapat tambahan 71 orang yang kini dirawat di hospital berbanding Selasa. Lagi sembilan orang pula memerlukan sokongan oksigen manakala tambahan seorang individu pula di ICU.



Tiada kes kematian berpunca daripada Covid-19 dilaporkan pada Rabu.



Sementara itu, Singapura melaporkan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan sebanyak 2.50, bererti ia mengambil masa kurang daripada seminggu bagi angka kes bertambah seganda.



Kadar itu merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 baru secara mingguan bertambah.



Singapura melaporkan 4,560 kes koronavirus baru dalam kalangan masyarakat pada Rabu.



Sekitar 65 peratus daripada kes ini atau 2,983 kes dikesan oleh ujian pantas antigen (ART), menunjukkan mereka tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan atau hanya mengalami tanda ringan.



Baki 1,577 kes pula dikenal pasti menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR).



Sejumlah 272 kes pula merupakan kes import.



Sehingga Rabu, Singapura melaporkan sejumlah 327,602 kes Covid-19 dan 850 kes kematian kerana koronavirus sejak pandemik bermula.



91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin manakala 56 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >