Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Covid-19 di S'pura: 611 kes dirawat di hospital; 49 kes perlu sokongan oksigen; 12 kes dirawat di ICU

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19 di S'pura: 611 kes dirawat di hospital; 49 kes perlu sokongan oksigen; 12 kes dirawat di ICU

Jan 28, 2022 | 01:09 AM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 611 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital pada Khamis (27 Januari). Dalam kalangan mereka, 49 orang memerlukan sokongan oksigen manakala 12 orang pula berada di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Ini bererti lagi 31 orang berada di hospital berbanding sehari sebelumnya dengan lima lagi orang yang memerlukan sokongan oksigen. Seorang lagi pesakit kini dirawat di ICU.

Singapura melaporkan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan 2.37. Ini bererti ia mengambil masa kurang daripada seminggu untuk angka kes bertambah seganda.

Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat buat minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi satu menunjukkan bahawa angka kes Covid-19 baru secara mingguan bertambah.

Di laman webnya, MOH melaporkan 5,090 kes masyarakat baru pada Khamis. Ia meningkat daripada 4,560 kes sehari sebelumnya.

Sekitar 70 peratus kes Khamis atau 3,553 kes dikesan menerusi ujian pantas antigen (ART), menandakan mereka tiada tanda jangkitan atau menampakkan tanda ringan sahaja.

Baki 1,537 kes pula dikesan melalui ujian reaksi rantaian polymerase (PCR).

Lagi 379 kes pula dikenal pasti dalam pengunjung yang memasuki Singapura.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura yang dikesan sejak kes pertama adalah 333,071 kes dengan 850 kematian.

Sekitar 91 peratus penduduk Singapura yang layak telah lengkap divaksin manakala 57 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3