Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 636 kes dirawat di hospital; 5,272 kes masyarakat

Jan 28, 2022 | 10:25 PM



SEJUMLAH 636 orang kini dirawat di hospital kerana Covid-19, dengan 46 kes memerlukan sokongan oksigen manakala 10 kes lagi di Unit Jagaan Rapi (ICU), kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (28 Januari).



Terdapat tambahan 25 orang lagi yang dirawat di hospital berbanding Khamis (27 Januari) walaupun jumlah mereka yang memerlukan sokongan oksigen turun sebanyak tiga kes.



Jumlah kes di ICU juga merosot sebanyak dua orang.



MOH menambah di laman webnya yang memberi data harian mengenai Covid-19, terdapat tiga kes kematian Covid-19. MOH tidak memberi butiran lanjut mengenainya.



Singapura melaporkan 5,272 kes koronavirus baru dalam kalangan masyarakat pada Jumaat. Jumlahnya meningkat daripada 5,090 kes pada hari sebelumnya.



Sekitar 69 peratus kes ini atau 3,646 kes dikesan melalui ujian pantas antigen (ART), menandakan mereka tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan atau mempunyai tanda jangkitan ringan.



Sebanyak 1,626 kes pula dikenal pasti menerusi ujian rantaian polymerase (PCR).



Lagi 282 kes pula dikesan pada pengunjung yang memasuki Singapura.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan sehingga Jumaat adalah 2.24, bererti ia mengambil masa kurang seminggu untuk angkanya meningkat seganda.



Angka ini merosot daripada kadar pertumbuhan jangkitan yang dilaporkan pada Khamis, iaitu 2.37.



Nisbah ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah, mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi satu menunjukkan angka kes Covid-19 baru secara mingguan bertambah.



Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dikesan di Singapura sejak kes pertama dikenal pasti pada Januari 2020 kini adalah 338,625 kes dengan 853 kematian.



Sekitar 92 peratus penduduk Singapura yang layak telah menjalani vaksinasi lengkap manakala 57 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >