Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 662 kes baru; 2 kes import yang dikesan awal dikenal pasti sebagai varian Omicron

Dec 07, 2021 | 12:18 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengenal pasti 662 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Isnin (6 Disember).



Empat kematian berpunca daripada komplikasi Covid-19, melibatkan individu antara usia 81 hingga 97 tahun turut dilaporkan MOH dalam kenyataan hariannya pada Isnin malam. Kesemuanya mempunyai kondisi perubatan.



Ini adalah hari keempat berturut-turut di mana jumlah kes jangkitan baru jatuh pada paras di bawah 1,000 kes.



Sementara itu, dua kes import Covid-19 yang dikesan positif varian Omicron dalam ujian awal sudah disahkan sebagai jangkitan Omicron, tambah MOH.



Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan: "Makmal Kesihatan Awam Nasional telah tamat penjujukan genom keseluruhannya bagi kes-kes ini dan telah mengesahkan mereka dijangkiti varian Omicron.



"Kedua-duanya sudah lengkap divaksin dan mempunyai tanda jangkitan ringan seperti batuk dan tekak yang gatal."



Menurut MOH, kedua-dua kes ini sudah diasingkan setibanya di Singapura pada 1 Disember dan belum berinteraksi dalam masyarakat.



Secara keseluruhannya, jangkitan baru pada Isnin terdiri daripada 638 kes dalam masyarakat, 12 kes di dormitori pekerja migran dan 11 kes import.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula adalah 48 peratus, turun daripada 51.2 peratus pada Ahad.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 pula adalah 0.64 pada Ahad. Ini adalah hari ke-24 berturut-turut di mana kadar pertumbuhannya di bawah satu.



Angka ini merujuk pada nisbah kes masyarakat pada minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 baru secara mingguan merosot.



Dalam pada itu, kematian terkini membawa pada jumlah kematian di Singapura secara keseluruhannya mencecah 763 kes sejak pandemik bermula tahun lalu.



Jumlah kes keseluruhan di Singapura kini adalah 269,873 kes.



Sejak 28 hari lalu, 98.7 peratus kes Covid-19 tidak menampakkan tanda jangkitan atau mempunyai tanda ringan manakala 0.8 peratus pula memerlukan sokongan oksigen di wad umum dengan 0.2 peratus pula di ICU dan 0.2 peratus yang lain pula meninggal dunia.



Sehingga Ahad, 87 peratus penduduk Singapura sama ada sudah lengkap divaksin dengan 28 peratus pula sudah mengambil suntikan penggalak.



MOH juga menambah dalam kenyataannya bahawa ia tidak akan mengeluarkan kenyataan media mengenai situasi Covid-19 secara harian kini.



Ia sebaliknya akan memuatnaikkan maklumat terkini di laman MOH tetapi tidak akan ada keterangan mengenai nisbah jangkitan minggu ke minggu dan kelompok jangkitan yang dikesan.



"Sedang arus jangkitan Delta kini susut, MOH akan berhenti mengeluarkan kenyataan media harian mengenai perangkaan jangkitan mulai 7 Disember tetapi kita akan terus memberi maklumat terkini mengenai perangkaan jangkitan seperti biasa di laman MOH secara harian," jelas MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >