Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19 di S'pura: 811 kes baru; 404 jangkitan Omicron baru

Jan 09, 2022 | 12:11 AM

SINGAPURA melaporkan 811 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Sabtu (8 Januari), dengan 544 daripadanya merupakan kes import, 253 kes masyarakat dan 14 kes dormitori pekerja migran.

Tiada kematian dilaporkan dengan angka kematian keseluruhan kerana komplikasi koronavirus kini adalah 837 kes.

Demikian menurut perangkaan jangkitan terkini yang tertera pada laman web Kementerian Kesihatan (MOH).

Jumlah kes Sabtu meningkat daripada 777 kes jangkitan yang dilaporkan pada Jumaat.

MOH turut melaporkan 404 jangkitan varian Omicron baru dengan 243 kes merupakan kes import dan 161 kes tempatan. Jumlah ini berkurangan daripada yang dilaporkan pada Jumaat iaitu 535 kes Omicron.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pada Sabtu pula adalah 1.73, tambahan daripada 1.69 yang dilaporkan pada Jumaat. Ini adalah hari ke-15 berturut-turut di mana angka yang merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah, mengatasi minggu sebelumnya, bertambah.

Kadar pertumbuhan yang melebihi angka 1 menunjukkan bahawa kes Covid-19 baru setiap minggu masih meningkat.

Sehingga Sabtu, Singapura melaporkan 284,802 kes Covid-19 sejak bermulanya pandemik dua tahun lalu.

Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula ialah 43.4 peratus, meningkat daripada 43.2 peratus yang dilaporkan pada Jumaat.

Terdapat 160 pesakit masih dirawat di hospital dengan 12 daripadanya memerlukan sokongan oksigen.

Di ICU, seorang pesakit memerlukan pengawasan rapi sementara 11 pesakit pula sakit tenat.

Sehingga Jumaat, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah tamat rejim vaksinasi lengkap di bawah program vaksinasi nasional. 

Sekitar 45 peratus penduduk di sini sudah menerima suntikan vaksin penggalak.

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3