Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: Jangkitan baru Omicron tambah lebih seganda cecah 1,185 kes

Jan 19, 2022 | 11:25 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 1,185 kes jangkitan varian Omicron pada Rabu (19 Januari), tambahan lebih seganda daripada 589 kes sehari yang lalu.



Dalam kalangan kes ini, 965 kes merupakan kes tempatan manakala 220 kes merupakan kes import, kata MOH dalam laman rasminya yang memberi maklumat harian terkini.



Secara keseluruhannya, terdapat 1,615 kes Covid-19 baru dilaporkan - dari sejumlah ini 1,205 kes merupakan kes tempatan manakala 410 kes merupakan kes import - satu peningkatan daripada 1,448 kes pada Selasa. Terdapat satu kes kematian berpunca daripada komplikasi Covid-19 yang juga dilaporkan pada Rabu.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan juga meningkat mencecah 1.96 berbanding 1.76 pada hari sebelumnya.



Angka ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah, mengatasi minggu sebelumnya. Angka melebihi satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 baru secara mingguan bertambah.



Terdapat 281 pesakit yang masih dirawat di hospital manakala 18 kes memerlukan sokongan oksigen. Sebanyak 13 kes pula berada di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sehingga Rabu, Singapura melaporkan sejumlah 296,077 kes Covid-19 dengan 844 kematian.



Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura yang layak pula telah lengkap divaksin manakala 53 peratus penduduk pula telah menerima suntikan penggalak.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >