Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: Jumlah kes 8 kelompok pusat tukaran bas cecah 276 kes

Sep 01, 2021 | 12:23 AM



SEHINGGA Selasa (31 Ogos), kelompok Covid-19 di lapan pusat tukaran bas kini mempunyai 276 kes, dengan 26 kes baru dilaporkan.



Kelompok Bugis Junction pula mempunyai 11 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kelompok ini mencecah 222 kes, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa malam (31 Ogos).



Dalam pada itu, terdapat 79 kes yang tiada kaitan, jumlah tertinggi dalam masa sehari, sejauh ini.



Secara keseluruhan, terdapat 156 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat pada Selasa manakala lima kes import turut dilaporkan. Jumlah kes baru pada Selasa adalah 161 kes.



MOH berkata kini terdapat 70 kelompok aktif dengan setiap satu mempunyai antara tiga hingga 1,151 kes jangkitan.



Secara keseluruhannya, terdapat 67,620 kes dilaporkan di Singapura sejak pandemik ini bermula tahun lalu.



Kes baru dalam masyarakat pula bertambah dari 290 kes dua minggu lalu kepada 771 kes minggu lalu.



Bilangan kes tiada kaitan turut bertambah dari 105 kes dua minggu lalu kepada 198 kes minggu lalu.



Buat masa ini, terdapat 463 pesakit yang dirawat di hospital.



Terdapat 19 orang pula yang memerlukan sokongan oksigen dengan lima orang berada dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU). Lapan daripada 19 pesakit ini sudah menjalani vaksinasi penuh. 



Dalam kalangan mereka yang jatuh sakit, 15 daripadanya adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas. Dari jumlah ini, lapan daripadanya belum menjalani vaksinasi atau baru mendapat satu suntikan.



MOH menambah dalam masa 28 hari lalu, 8.3 peratus daripada mereka yang tidak mendapatkan vaksinasi sakit teruk atau meninggal dengan peratusan mereka yang telah mendapatkan suntikan penuh dalam kategori ini adalah 1.2 peratus.



Sehingga Selasa, sejumlah 8,708,760 dos suntikan vaksin Covid-19 telah ditadbir di bawah program vaksinasi nasional, meliputi 5,511,747 individu dengan 4,319,031 orang telah tamat rejim vaksinasi mereka.



Sebagai tambahan, 167,242 dos vaksin lain yang diiktiraf dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah ditadbir buat kegunaan 85,688 individu.



Secara keseluruhan, 80 peratus penduduk Singapura sudah menerima dua suntikan vaksin manakala 83 peratus pula menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >