JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 baru dan bilangan mereka yang dirawat di hospital terus berkurangan pada Jumaat (4 Mac) dengan 17,564 kes baru dilaporkan dan 1,678 kes dimasukkan ke hospital.
Ia merosot daripada 18,162 kes jangkitan dan 1,685 kes kes yang dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 kekal di bawah satu pada 0.97, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam butiran terkini mengenai koronavirus yang disenaraikan setiap malam.
Ini adalah hari ketiga berturut-turut di mana kadar pertumbuhan jangkitan mingguan turun di bawah angka satu sejak 3 Januari. Kadarnya adalah 0.98 pada Khamis.
Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 baru secara mingguan kian meningkat.
Bilangan pesakit di Unit Jagaan Rapi (ICU) juga turun kepada 45, merosot daripada 53 kes pada hari sebelumnya sementara 211 pesakit pula memerlukan sokongan oksigen.
Sementara itu, 18 kematian dilaporkan pada Jumaat, meningkat daripada sembilan kes sehari sebelumnya.
Daripada sejumlah kes tempatan, 15,037 kes dikenal pasti menerusi ujian pantas antigen (ART), bererti mereka dinilai doktor sebagai memiliki tanda jangkitan ringan dan berisiko rendah.
Lagi 2,369 kes dikesan menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR). Terdapat 158 kes import, di mana 56 kes dikenal pasti menerusi ujian PCR.
Terdapat 158 kes import baru dengan 56 kes dikenal pasti menerusi ujian PCR dan 102 kes pula melalui ART.
Sehingga Jumaat, Singapura telah melaporkan sejumlah 803,389 kes Covid-19 dengan 1,067 kematian.
Sekitar 95 peratus penduduk yang layak telah lengkap divaksin manakala 68 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.