Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan cecah 2.17; 1,001 kes Omicron baru

Jan 20, 2022 | 11:26 PM



KADAR pertumbuhan jangkitan Covid-19 mingguan bertambah mencecah 2.17 pada Khamis (20 Januari), berbanding  1.96 pada hari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) di laman rasminya.



Ini adalah kali pertama kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Singapura meningkat melepasi angka 2 sejak 19 September 2021.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Angka melebihi 1 menunjukkan jumlah kes Covid-19 baru secara mingguan kian meningkat.



Terdapat 1,001 kes baru melibatkan varian Omicron pada Khamis, merosot daripada 1,185 kes sehari sebelumnya, jelas MOH.



Dalam kalangan kes ini, 952 kes merupakan tempatan manakala 49 kes import.



Keseluruhannya, terdapat 1,472 kes baru dilaporkan dengan 1,133 kes tempatan dan 339 kes import - merosot daripada 1,615 kes pada Rabu. Terdapat satu kes kematian berpunca daripada komplikasi Covid-19.



Terdapat 306 pesakit di hospital dengan 16 daripadanya memerlukan sokongan oksigen dan 14 pula dalam Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura yang layak telah menjalani vaksinasi lengkap manakala 54 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.



Sehingga Khamis, Singapura melaporkan sejumlah 297,549 kes Covid-19 dengan 845 kes kematian.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >