Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: Kes baru meningkat daripada 811 kepada 845; kes Omicron merosot daripada 404 kepada 327

Jan 10, 2022 | 12:38 AM



KADAR pertumbuhan jangkitan Covid-19 di sini sudah meningkat buat hari ke-16 berturut-turut pada Ahad (9 Januari), mencecah 1.8 daripada 1.73 pada hari sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan ini merujuk pada nisbah kes masyarakat buat minggu sudah, mengatasi minggu sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi angka satu menandakan jumlah kes Covid-19 mingguan masih meningkat.



Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 845 kes Covid-19 baru pada Ahad. Jumlah ini bertambah daripada 811 kes pada Sabtu.



Kes baru ini terdiri daripada 587 kes import, 242 kes masyarakat dan 16 kes di dormitori pekerja migran.



Bilangan kes Omicron pula merosot kepada 327 kes pada Ahad daripada 404 kes pada Sabtu. Dalam kalangan kes ini, 109 kes adalah kes tempatan manakala 218 kes adalah kes import.



MOH, di laman webnya, juga melaporkan satu kes kematian baru yang berpunca daripada komplikasi yang berkait dengan Covid-19, yang membawa pada jumlah kes kematian di Singapura yang berpunca daripada komplikasinya mencecah 838 kes kini.



Sehingga Ahad, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura sejak pandemik bermula dua tahun lalu adalah 285,647 kes.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula adalah 46.3 peratus, meningkat daripada 43.4 peratus yang dilaporkan pada Sabtu.



Terdapat 164 pesakit yang masih dirawat di hospital dengan 14 orang masih memerlukan sokongan oksigen.



Seramai 11 pesakit di ICU pula tenat.



Sejumlah 91 peratus penduduk Singapura yang layak menjalani vaksinasi telah mendapatkan vaksinasi lengkap manakala 87 peratus daripada keseluruhan penduduk di sini sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.



Dalam pada itu, sekitar 46 peratus penduduk Singapura sudah menerima suntikan penggalak mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >